SELAMAT DATANG
ke blog saya yang serba sederhana. Suka duka hidup saya kongsikan di sini. Ceritera, puisi, amarah, foto-foto....namun bukan segalanya harus ada di sini......kalau suka, teruskan baca, kalau idak :D dan klik 'next blog' :D

Sunday, April 17, 2011

PESAN GURUKU

Assalamualaikum,

YM Tuan Sheikh Haji Md Radzi bin
Haji Hanafi al-Qadhi
Pewaris Mutlak Seni Silat Cekak Hanafi
Alhamdulillah, semalam berakhirlah majlis ijazah pertama, potong dan tamat di Pusat Latihan Kuching, Persatuan Seni SIlat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sarawak...ramai gak semalam... Alhamdulillah.... dari UNIMAS, UiTM Sarawak, Politeknik Kuching pun ada semua...Seronok melihat ramai macam tu..tapi, ingat ingat dan ingat..yang penting kualiti.....bukan kuantiti...maka sama2lah kita manfaatkan kuantiti yang ada sekarang dan meningkatkan kualiti pesilat-pesilat Cekak sekalian...yang paling penting, dibawah pimpinan pewaris mutlak, YM Tuan Sheikh Haji Md Radzi bin Haji Hanafi al-Qadhi yang kami kasihi.....TAHNIAH SEMUA..... :)

Akhir sekali, aku nak kongsi salah satu pesanan daripada YM guruku semalam, untuk pedoman dan ingatan kita semua...

"Jika hendak menyimpan duit yang banyak, simpanlah...tapi, simpan di dalam bank, simpan sikit dalam poket, jangan simpan dalam hati...
Jika hendak mempunyai kereta yang mewah, belilah...tapi parking (letak) di tempat letak kereta, jangan letak dalam hati...
Jika hendak membina rumah yang besar, binalah...tapi, bina di atas tanah, jangan bina dalam hati...
Jangan jadikan duit sebagai tujuan hidup, tapi jadikan duit sebagai alat untuk hidup...
Jangan kita jadikan harta sebagai Tuhan..."
YM Tuan Sheikh Haji Md. Radzi bin Haji Hanafi al-Qadhi
Pewaris Mutlak Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi
Sampai jumpa lagi...Annyeong!! Wassalam....

2 komen:

SOFFIAH said...

paling suka pesan tok..

SRIDIDIE said...

kan..? mek nang sedaya upaya menghapal....ahaha~~~