SELAMAT DATANG
ke blog saya yang serba sederhana. Suka duka hidup saya kongsikan di sini. Ceritera, puisi, amarah, foto-foto....namun bukan segalanya harus ada di sini......kalau suka, teruskan baca, kalau idak :D dan klik 'next blog' :D

Wednesday, June 22, 2011

ISTIMEWA

Assalamualaikum...

Ibu bapa di luar sana.,.JANGANlah MALU mengakui anda mempunyai anak yang 'istimewa'...menghantar mereka ke sekolah sekadar untuk cukup syarat sahaja...tanpa ambil peduli sama ada mereka cemerlang atau tidak di sekolah...tanpa ambil peduli layanan rakan-rakan sekolah mereka di sekolah...juga layanan guru-guru mereka...

Biarpun mungkin 'rupa' anak anda seolah-olah tidak ada apa-apa kesan akibat layanan di sekolah,  tapi, anda harus ingat mereka juga punya perasaan...cuma, kerana keistimewaan mereka, mereka tidak tahu bagaimana hendak mengekspresinya..Guru-guru di sekolah biasa mungkin tidak tahu bagaimana hendak mengajar anak-anak ini....tidakkah anda merasa rugi menghantar anak-anak anda di sebuah sekolah, tetapi anak anda langsung tidak mendapat pa-apa manfaat darinya...??

Keupayaan mereka memang tidak akan sama dengan anak2 lain yang biasa...mereka akan ketinggalan jauh berbanding rakan-rakan yang lain...jadi, mereka perlukan pendidikan yang khas untuk mereka..di sekolah  khas, terdapat guru-guru yang terlatih dan mereka boleh membantu untuk mencungkil 'bakat dan keistimewaan' anak-anak anda yang mungkin anda sendiri tidak ketahui...munkin mengambil masa, namun daripada tiada apa-apa dan membuang masa & wang di sekolah biasa...?

jangan menganggap itu satu kekurangan, tapi anggaplah ianya satu kelebihan..kerena itu, mereka adalah 'istimewa'...INGAT, mereka berhak menerima yang terbaik..

Sedih la bila tengok ada ibu bapa yang 'degil' dan tak mahu mengakui keupayaan anak mereka yang berbeza dari orang lain.....jangan seksa anak anda.....bertindaklah sebelum terlewat....

Wassalam

0 komen: